
HUKUM MEMBELI EMAS SECARA ANSURAN

Saya ingin menjawab isu ini kerana saya sendiri terlibat aktiviti penjualan emas ansuran ni.
Yang baca tajuk saja mesti seram kan.. Huhu
Alhamdulillah. Apa yang saya buat sekarang masih dilandasan yang betul dan bukanlah haram hukumnya.
Jom saya jelaskan bagi pihak saya.
1) Saya menjual secara ansuran, barang terus dapat. Tiada penangguhan untuk terima barang. Melainkan kalau yg berada jauh daripada kedai saya, tiada pilihan lain lagi selain kita gunakan perkhidmatan kurier, sama saja seperti buat belian melalui tunai. Pembeli juga tahu dan bersetuju dengan semua tu.
2) Tiada keuntungan lain buat saya. Jika harga semasa saya jual 259/g, ansuran juga saya jual 259/g. Tiada bertambahan harga lain-lain sekiranya untuk buat ansuran. Jadi, tiada timbul isu riba di sini.
3) Caj penggunaan perkhimatan yang tertera di website saya tu bukanlah keuntungan lain untuk saya. Saya perlu letakkan caj tu kerana saya juga di caj. Tak kan saya pula nak serap dalam urusan perniagaan saya. Contoh kata lain : Anda letak barang di Arrahnu, ada caj upah simpan kan? Itu adalah caj penggunaan perkhimatan mereka. Sekiranya kita tak nak di caj, jangan guna khidmat tersebut.
4) Tiada penganiayaan terhadap pembeli. Semuanya jelas, terang dan nyata. Sebagaimana jumlah yang patut mereka bayar, seperti itulah jumlahnya. Beli dan dapat barang. Bukannya ditindas atau ditipu tak dapat barang.
5) Rujuk pada gambar kedua :
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada PIHAK KETIGA terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai. Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada PIHAK YANG SAMA yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Ini adalah yang saya buat.
Pembeli mendapat limit pembelian daripada Pihak KETIGA. Setelah pembeli berjaya dalam urusan pinjaman tersebut, maka mereka membeli EMAS dengan saya. Saya peroleh wang tunai sepertimana harga jualan saya.
Saya serahkan EMAS yang mereka beli. Dan pembeli membayar sendiri pinjaman hutang mereka. Pembeli tidak berhutang dengan saya. Sekali lagi saya jelaskan.. Limit pembelian yang diberikan PIHAK KETIGA bukanlah semata-mata boleh beli EMAS di kedai saya.
Banyak lagi perniagaan lain yang boleh dibeli dan berhutang melalui mereka. Rujuk sendiri ‘Merchant’ yang ada di website mereka.
Jelas ye.. Bukan apa, masyarakat kita suka baca tajuk saja. Huraian dalamannya tak baca habis, lepas tu terus menghentam keromo.
Perkara yang amat kita sedih.. “Kita rakyat Malaysia ni bukan suka sangat baca membaca ni..” (Kita tu termasuk saya la. Tapi yang semua di atas ni saya perlu dan wajib baca sampai habis)
Saya jelaskan seperti apa yang dijelaskan oleh pihak Pejabat Mufti. Sekiranya saya masih berada dijalan yang salah, mohon betulkan, mohon beri teguran. Saya juga manusia biasa.
Terima kasih. Syukran.
Azri,
Penjual Emas secara tunai
Penjual Emas secara ansuran
Posting asal daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : AL-KAFI #1817: HUKUM MEMBELI EMAS SECARA ANSURAN